Aiskrim MILO Frozen Confection

3:43:00 pm

Untuk entry harini sambil dengar lagu I'm gonna love you 
, farrah nak la cerita sikit pasal aiskrim milo yang menjadi tumpuan peminat No 1 MILO ataupun Aiskrim hehe jadi sejak 7e buat promosi RM1 dari 19 Januari sampai 1 Feb farrah pun dari minggu lepas lagi suruh adik cari aiskrim and memang mostly 7e habis stock aiskrim ni memang orang berebut beli.

Jadi semalam pergi lah lepak *lawat rumah encik tunang lepas balik kerja walaupun dia takde. Tengah borak borak dengan adik beradik dia farrah saja lah tunjuk aiskrim ni. Cakap kat dorang puas cari takjumpa sambil buat muka sedih hihi dengan muka excitednya dorang pun ajak pergi cari memandangkan kawasan perumahan tu ada 2buah kedai 7e.

Dalam hujan okay , pergi kedai pertama takde tengok dalam peti tak ada, pastu tanya dorang kata habis then pergi 7e kedua Yayy!!! lompat lompat ada aiskrim tu dalam peti ais. Takbanyak pun yang tinggal. Jadi dengan taktamaknya fikir orang belakang beli lah 1 sorang je sebab hanya 3pcs sahaja dibenarkan dalam satu transaksi. 

Kalau ada geng gila gila ni memang buat video dah capture the feel makan aiskrim sedap tu hehe biarlah buruk pun sebab memang sedap tak mengecewakan langsung. Ofcourse lah tak puas kan makan satu je, sambil makan sambil jalan jalan dalam kedai RM2. On the way pergi kat kereta singgah lagi masuk 7e beli lagi satu hahaha and malam tu tersangatlah puas hati sampai rumah terus tidur tanpa gangguan hikhik

Jadi 
Terimakasih adik beradik haq aten mimi ija temankan beli aiskrim ni 💕
Terimakasih kat 7 Eleven Taman Tas Baru sebab masih ada stok aiskrim ni lagi 💕
Terimakasih kat MILO sebab buat aiskrim yang sedap ni  💕



Orang kuantan mana yang takjumpa lagi aiskrim MILO ni pergilah 7 E Taman Tas Baru landmark dia Maybank berhadapan / KedaiRM2 sederet . Happy HUNT gais! hehe 


You Might Also Like

0 ngomen

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.

Popular Posts

BLOGGER'S FAMILY