KEMASKINI BR1M 2017 HARINI !

2:22:00 pm

Hi korang !


Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) kini kembali ! Nak tahu info mengenai BR1M 2017? Jum update !


BR1M 2017 : KRITERIA/SYARAT KELAYAKAN & PERMOHONAN BARU (SECARA ONLINE/MANUAL) & CARA KEMASKINI \

TARIKH DAN JADUAL PEMBAYARAN 


Tarikh permohonan BR1M 2017 bermula dari 5 – 31 Disember 2016. Bagi yang belum pernah terima BR1M, anda boleh membuat permohonan baharu. Bagi penerima yang sedia ada, anda wajib membuat kemaskini maklumat untuk terus terima bayaran pada tahun 2017.

Jumlah pembayaran BR1M 2017 mengikut kategori:

jadual-br1m-2017


Pembayaran pertama akan berlangsung pada bulan Febuari 2017, ia juga bermaksud permohonan / kemaskini akan ditutup sepenuhnya sebelum tamat tahun 2016. Kepada sesiapa yang layak, jangan lupa isi borang sebelum 31 Disember 2017.

Jadual Pembayaran BR1M 2017

Isi rumah yang berpendapatan RM3,000 dan ke bawah :
Febuari:RM400
Jun:RM400
August:RM400

Isi rumah yang berpendapatan dari RM3,000 – RM4,000
Febuari:RM300
Jun:RM300
August:RM300

Bujang yang berumur 21 dan ke atas dan berpendapatan kurang daripada RM2,000
Febuari:RM450

INFO SKIM KHAIRAT KEMATIAN (SKK)

1. Kategori Isi Rumah & E-Kasih & Warga Emas layak menerima SKK yang memberi manfaat kepada waris penerima BR1M dengan bantuan RM1,000, berkuatkuasa selama 1 tahun.


2. SKK diberikan pada waris penerima BR1M kategori isi rumah dan warga emas yang meninggal di dalam tempoh 1 Januari 2017 hingga 31 Disember 2017


Cara Buat Tuntutan SKK BR1M 2017 : klik SINI

BAGAIMANA DENGAN PENERIMA BR1M YANG SEDIA ADA?

Penerima BR1M yang sudah disahkan layak / pernah menerima BR1M sebelum ini tidak perlu mendaftar lagi atau membuat permohonan baru. Tapi, perlu kemaskini maklumat peribadi termasuk ALAMAT, MAKLUMAT ANGGOTA KELUARGA & AKAUN BANK dan maklumat lain yang berkaitan dengan tepat.

Kalau tiada perubahan apa-apa, tak perlu kemaskini. Kerana, tujuan pengemaskinian ini adalah untuk melancarkan atau memudahkan proses penyaluran bantuan kepada penerima berdasarkan maklumat rekod terkini.


Maklumat & Cara Kemaskini BR1M 2017 : klik SINI

Senarai Bank Yang Terlibat Bagi Pembayaran BR1M 2017: klik SINI

You Might Also Like

1 ngomen

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.

Popular Posts

BLOGGER'S FAMILY